Tuesday 24 April 2012

SEPUCUK SURAT DARI FATIMA...








ASSALAMUALAIKUM sahabat2 Ana..sahabat2 ana ni sihat??..klau sihat Alhamdulillah..
kalau x sihat pon Alhamdulillah..sbb mungkin Allah nk uji iman kita sejauh mana..


Hari ni ana nak kongsi SEPUCUK SURAT yang akan buat kita terasa sangat2..
Surat ni ditulis oleh seorang yang bernama Fatima..cerita dia agak panjang...
Siapa yang nk teruskan baca silakan...KEMAMPUAN ATAS DIRI SENDIRI..he3..


JOM KITA BACA SAMA2... :-D





Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengah hari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahiddin mengambil tindakan.

Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan (oleh darah), baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentara pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri.

Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [Qur’an, Surat 112 “al-Ikhlas”]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesadaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan b@bi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan b@bi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentara telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam halaman web Ansar dengan menulis:

“Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenarnya. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku.”

Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?

Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, “Wa Mu’atasima”, dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:

“Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentara-tentara kami di mana barisan hadapannya berada di pintu-pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini.”

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.


ALHAMDULILLAH sahabat2 habis gak baca..
dari kisah tu bnyak yang kita boleh ambik pengajaran..

ok la sahabat2..smpai kat sini saja pertemuan kita...
lain hari kita jumpa lagi..InsyaALLAH...
jaga diri..
jaga iman..
jaga penglihatan..
tingkatkan iman dan islam..
Takbirrrr!!.......Allahuakbar..!!!!!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Saturday 14 April 2012

Tiada Alasan Untuk Tidak Solat

Assalamualaikum semua sahabat2 ana..sekarang ni Alhamdulillah ana dah habis exam final..so sekarang ni ana tengah cuti yeeee..he3..seronok tgh2 cuti ni..sbb dapat balik rumah.rindu kat diorang kah3..hmmm...sebenarnya pada kali ni ana nak post kan tentang solat...


kita ni sering kali berdalih apabila di suruh solat..antara jawapannya adalah "seluar kotor".."sy tak boleh solat..sbb uzur" <---ha yg ni bagi perempuan ok laa..klau lelaki ckap macam ni mmg nk kena rotan..kah3..laki mana ada uzur.. ana sbenarnya sungguh terharu melihat seorang pakcik kat tempat ana..pakcik tu dh tua sgt2..jalan pon berbongkok2..pstu jalan kne pimpin org..


tpi pakcik tu smyg 5 waktu tak pernah tinggal..tambahan pulak pakcik tu sering berjemaah..Allahuakbar..


kita ni tak ada alasan utk tinggal solat..ana ada sediakan gambar2 utk antum2 semua lihat..
insyaAllah selepas ni kita tak ada alasan utk tinggal solat..JOM KITA LIHAT GAMBAR KAT BAWAH NI..






















sahabat2 dah lihatkan gambar2 diatas..
KESIMPULANNYA kita ni TAK ADA ALASAN UNTUK KITA TINGGAL SOLAT..
kalau org lain boleh buat..knp kita tak boleh,,??


kita mintak macam2 kat Allah..
kita mintak nak jadi kaya..
kita mintak nak jadi cantik/tampan..
kita mintak macam2 untuk kepentingan kita..
TAPI kita lupa atas kewajipan kita kepada-Nya..


jadi sahabat2..kita bermuhasabah diri kita..
-yg tidak baik akan menjadi baik..
-yang baik akan menjadi lebih baik..


insyaAllah yg baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu dari ana sendiri...
Pesanan Akhir ana..


"SEGERAKAN YANG WAJIB SERTA DAHULUKAN YANG WAJIB"


Assalamualaikum wtb.

Thursday 5 April 2012


MUJAHID DAN MUJAHIDAH

Assalamualaikum sahabat2 ana semua..antum semua sihat2..ana harap antum semua sihat2 belaka laa...lama ana tak bukak blog dan tak update blog..ana baru habis pereksa..pereksa final lak 2..adui3..exam2 final semua boleh tahan2 belaka..pening kepala ana jawab..tapi ana syukur kepada Allah sebab Alhamdulillah semua soalan pereksa ana jawab, InsyaAllah...yakin boleh pada diri..dan sahabat2 ana klau kita nak buat sesuatu 2 kene la bersungguh-sungguh..stakat mana kita usaha..stakat 2 la kita dapat..klau lebih kita usaha..lagi lebih kita dapat...ingat lah kata2 ana ni..

he3..maaf la sahabat2..ana klau nak meleter memang tak habis..:) hari ni sahabat2, ana nak update atau tulis dalam blog ana kali ni ialah pasal MUJAHID DAN MUJAHIDAH...




ok sahabat2..Allah cipta lelaki serta perempuan..
lelaki suka perempuan dan perempuan suka lelaki.
ade ke laki suka sama laki dan perempuan suka sama perempuan..
he3..ini amat peliklah..mintak2 sahabat2 ana tak macam 2 laa..hua3..

dulu time kite kecik2..kite main dgn kawan2 kita sama ada laki atau perempuan..
tapi time 2 kite tak de rasa apa2 pon..
kita tak ada rasa nak cinta..
tak ada rasa suka kat dia..

bila kita dah dewasa baru la kita rasa nak bercinta x pon apa2 laa..
tpi kawan2..bercinta ni tak salah..
cuma yang yang boleh jadi salah 2 ialah time kita nk bercinta
tapi kita nak bercinta 2 cuma hanya kerana nak bercinta dan menimbulkan maksiat..

bila kita dewasa..kita makin matang..dan bila kita dah matang..
mula la rasa nak kawin..bila dah rasa nak kawin..
mesti kita nak ada pasangan kekasih atau pon teman wanita..

sebab 2 siapa2 pon termasuk ana..siapa nak ambik teman wanita atau
dalam bahasa inggerisnya GIRLFRIEND..mesti niat nak kawin..
lepas yang 2 dulu sebagai dosa..

klau kita kawan dgn die..sbb nak mengenali die hanya untuk nk buat
GIRLFRIEND saje HARAM.!!!!!

Ana ada dengar 1 kuliah ni..ustaz ni cakap..klau time kita tibe mase waktu 
kita nak berkawin..Allah akan tolong kita..pastu ustaz 2 cakap..klau kita suka
kat perempuan 2..kita perlulah jumpa keluarga die dahulu..
nyatakan hasrat kita kepada keluarga dia..

hubungan mcm ni bagus..dan hubungan yang diketahui oleh ibu dan bapa 
adalah lebih baik..TAPI sahabat2 kalau mak bapak dia tahu kita dgn dia..
kita tidak boleh sewenang-wenangnya nk kluar dgn dia ker
nak dating dgn die ker..HE3 x boleh tauuu..

klau kate nk jumpe ni..mstila datang kerumah die dan ditemani oleh keluarganya..
kita tak boleh jumpa die hanya bersendirian..sbb boleh ditangkap khalwat..
dan boleh dituduh zina..

harap sahabat2 paham la apa yang ana nak sampaikan ni..

DIBAWAH NI ADA
DALIL DISYARIATKAN BERKAHWIN DAN HIKMAT PERKAHWINAN..
(FIQH MUNAKAHAT)


DALIL AL-QURAN

maksudnya:-


Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai (berkenan hati)
dua, tiga atau empat orang.

                                                                                                   (surah an- nisa' :3)




HADIS RASULULLAH S.A.W BERSABDA:

maksudnya:-


Wahai para pemuda, sesiapa diantara kamu yang berkemampuan, maka
hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan lebih menutup pandangan
mata dan lebih menjaga kemaluan, sesiapa diantara kamu yang tidak
berkemampuan, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa adalah
dinding baginya.



IJMAK ULAMAK:

ulamak seluruh zaman bersepakat bahawa perkahwinan adalah syariat Allah.



HIKMAT PERKAHWINAN:

-Menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah.
-Melahirkan masyarakat yang soleh dan remaja yang baik akhlak untuk masyarakat islam.
-Bagi menjaga akhlah dari runtuh dan rosak.


ok sahabat2..itu jer la ana dapat kupaskan pasal cinta dan kahwin..
sahabat2 jangan risau pasal jodoh ni..kalau Allah dah tentukan
jodoh kita 2..jodoh 2 takkan lari kemana pun..
pilihan yang terbaik adalah istiqarah..mintak petunjuk dari Allah..
Apa2 pun yang kita buat mestilah berlandaskan Lillahita'ala..

ok sahabat2 sampai disini saja article kali ni..ada masa kita jumpa lagi..
INGAT 5 PERKARA..JAGA DIRI..JAGA IMAN..TINGKATKAN IMAN..
TINGKATKAN ISLAM..JIHAD DI JALAN ALLAH..

TAKBIR.!!!
                 ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM..:)

Sunday 25 March 2012

ASSALAMU'ALAIKUM  Sahabat2..Lama ana tak update blog..ana sekarang tengah exam final..
so susah sikit ana nak update blog..hu3..ok la sahabat2.


Hari ni ana nak kongsikan 1 gambar yang mempunyai 1000 makna..
kalau ana tengok gambar ni ana rasa sebak dan ana tak dapat nak tahan air mata..
gambar tu mengisahkan seorang IBU yang hendak MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIRNYA..
pada ketika itu SI IBU sedang MENENANGKAN ANAKNYA yang sedang menangis di saat2 TERAKHIR bersama IBUNYA..sahabat2 lihatlah gambar di bawah ni..






SAHABAT2 dari gambar tu bnyak sekali manfaat atau pengajaran yang kita boleh dapat..
antaranya :-

*Pengorbanan seorang IBU terhadap ANAKNYA.
*Lahir sifat keinsafan pada diri kita.
*Siapa yang masih ada ibu, inilah masa untuk berbakti kepadanya.
*Disaat ibu sakit, masih mengingati anaknya.

banyak lagi pengajaran yg kita boleh dapat dari gambar ni..
harapan ana, siapa yang masih ada ibu atau ayah..berbakti lah kepada mereka.
Siapa yang jauh dari mereka, tepon la mak ayah walaupun cuma 5-10mnit jer..
masa time kita kecik2 dulu ibu kita tak pernah tinggalkan kite walaupun 1mnit pon..
hatta seekor nyamuk pon ibu kite tepis dari hinggap kat kite...

OK la sahabat2..ana klau nak ceramah memang tak kan hbis..
ana harap sahabat2 dapat ikhtibar dari cerita dan gambar tersebut..
yang baik itu dari ALLAH dan yang tidak baik itu dari ana sendiri..
doakan ana berjaya yer..ana tgh exam sekarang..dan doakan untuk rakyat SYRIA
ok sahabat2 ASSALAMU'ALAIKUM...

-jaga diri
-jaga iman
-jaga penglihatan
-tingkatkan islam

insyaALLAH....


Saturday 10 March 2012

Assalamu'alaikum sahabat2 ana..lama ana tak bukak blog ni...hari ni ana nak kongsikan kat antum2 semua
pasal Solat Istikharah..lihat di bawah yer..:D


Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"



DOA

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ� عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ


Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.


Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini �. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini �. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

ok antum semua..ana dapat kongsikan ni jer buat masa skrg..doakan supaya ana buat yang terbaik untuk exam ni yer...Assalamu'alaikum..(",)


Friday 9 March 2012

"Kisah Benar Pelajar UIA bermimpi Bertemu Rasulullah"


Assalamu'alaikum sahabat2 seperjuangan ana...kali ni ana nak kongsikan kepada sahabat2 tentang kisah seorang pelajar UIA bermimpi bertemu rasulullah dan 4 orang sahabat besar nabi iaitu Abu Bakr, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali..ana dah baca baca banyak kali..setiap kali ana baca ana tak berdaya nak menahan air mata...rindu Rasulullah dalam diri ana ni tak terkire..ok la sahabat2..antum semua sila lah baca kisah ni di bawah...



Di bawah ini satu article yang amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang di pilih Allah untuk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006. 

Nama yang dipilih oleh ayah beliau Syamimi yang bermaksud ‘kesayanganku’, gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya di sana. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yang tak tau apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang tak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dah lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang di gagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan apa yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dah tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yang mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada RasuluLlah SallaLlahu’alaihiwa sallam sendiri”.

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana. Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pada kawan-kawan yang lain agar bacakan surah Yasin sebab beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarga beliau untuk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dengan tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yang di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”. SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”, -’sekarang enti (kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi’-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwas allam berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin”, – sungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul ‘arabiyah, tapi kami terjemahkan)“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana”. Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya ‘Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda’. Ya RasuluLlah... Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti”. Lepas tu Nabi kita lafazkan, “Ummati... ummati... ummati…”, dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya RasuluLlah”, tapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi kita yang mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini atau… tak taulah, waLlahua’lam...

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya, beliau di kelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya RasuluLlah...”. kemudian beliau pun menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yang lebih tinggi daripada kalimah AlhamduliLlah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yang beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. ‘Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ni berbanding nikmat yang Allah dah bagi untuk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwa sallam’.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang nak Engkau bagi buat hambamu yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”. Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan,“Assalamu’alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin”. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali. SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yang mulia. Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti”. kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yang bermaksud:
Dan mereka mengikuti apa yang di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu”.

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu di tukarkan Allah dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang dah lebih setahun di tanggung beliau dengan sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian, para sahabat Nabi yang mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun untuk duduk dengan mudah. Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh”. Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata’ ala. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yang bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan”.

Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; “Tak rugi kita bersabar…”



tak rugi kita bersabarkan..ana harap sahabat2 ana pon termasuk ana sekali..insyaallah dapat bertemu Nabi Muhammad s.a.w..sama2 kita perjuangkan islam dan perjuangkan sunnah baginda Nabi Muhammad s.a.w...
yang baik itu datang dari Allah S.W.T...dan yang buruk itu dari ana sendiri..Assalamu'alaikum..

Thursday 8 March 2012

" Doa Agar Dapat Bermimpi Rasulullah "

Assalamu'alaikum sahabat2 ana...hari ni ana nak share dengan sahabat2
ana iaitu doa agar dapat bermimpi Rasulullah...Sahabat2 ana mesti ingin bermimpi Rasulullah s.a.w..


Dari Abu Hurairah Sabda Rasulullah s.a.w:


maksudnya:
"Sesiapa yang melihatku didalam mimpi
maka samalah dia melihatku dalam jaganya,
kerana syaitan tidak mampu membuat gambaranku"





Di atas tu adalah Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah s.a.w..
sahabat2 ana amalkan doa ni...ana harap suatu hari nanti ana dan sahabat2 ana dapat
bermimpi bertemu Rasulullah.. ok la sahabat2..ana ade kerje sikit..ade lain masa kita jumpa lagi..